Tuesday 26 October 2021

INOVASI SOSIAL BERKENAAN DENGAN PERPADUAN (FOLIO)

                                 



INOVASI SOSIAL BERKENAAN DENGAN PERPADUAN 


 


KUMPULAN  5 


LECTURE :
SIR MOHD FAIZAL BIN MAT PESA



NAMA AHLI KUMPULAN 

1.WAN AKMALHAQIM BIN WAN BADLI(14DPR21F1074)

2.AMIRUL ASYRAAF BIN AMIRUL RAHMAN (14DPR21F1032)

3.MUHAMMAD AKMAL FAISAL BIN HISHAM(14DPR21F1042)

4.MUHAMMAD FAHRYN AQIL BIN AZARUDIN(14DPR21F1068)

5.SARAN A/L THIRU SELVAM(14DPR21F1058)



PENGENALAN 

Pada awal kemunculan peradaban, inovasi tertumpu kepada pembangunan inovasi yang berteraskan ekonomi. Namun pembangunan bukan sahaja diukur berdasarkan pencapaian ekonomi dan pembangunan fizikal, tetapi ia mesti diintegerasikan dengan usaha-usaha dan program untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional

Kewujudan inovasi sosial merupakan idea baru dan praktikal bagi memenuhi keperluan sosial yang belum dipenuhi. Dengan itu, pembangunan sosial menjadi suatu dasar yang amat kritikal dalam usaha membangunkan negara keseluruhannya.


DEFINISI INOVASI SOSIAL 

Inovasi sosial adalah sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditambah nilai bagi memenuhi keperluan komuniti, menjana pendapatan dan mampu milik bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya kualiti kehidupan golongan B40.

Inovator atau usahawan sosial adalah seseorang yang mencipta solusi dan idea inovatif kepada permasalahan sosial.


KONSEP INOVASI SOSIAL DENGAN PERPADUAN 

Inovasi sosial dengan perpaduan ialah amalan baru untuk menyelesaikan cabaran masyarakat, yang diterima pakai dan digunakan oleh individu, kumpulan sosial dan organisasi yang terlibatIanya mempengaruhi tingkah-laku sosial, cara pemikiran, tindakan dan perlakuan seseorang secara bersendirian ataupun bersama tidak kira kaum, bangsa dan negara. 

Pembangunan negara tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya jika terdapat ketidakseimbangan antara pembangunan sosial dalam kalangan rakyat.



KEPENTINGAN INOVASI 

Kepentingan inovasi sosial dalam mencapai keseimbangan ekonomi dan sosial terbukti apabila ia merupakan faktor utama untuk mencapai keamanan sosial, daya saing dan kelestarian dalam kalangan masyarakat. 

Semakin aman masyarakat, semakin tinggi daya saing dan lestari masyarakat. Ianya membantu untuk terus memperkukuhkan perpaduan rakyat antara sesama kaum mahu pun berlainan kaum. 

Inovasi sosial juga menyediakan penyelesaian baru terhadap masalah sosial terutamanya pada masa krisis yang kompleks. Inovasi sosial menyatukan pelbagai agen dalam mencari penyelesian masalah. Kolaborasi antara manusia dan organisasi menggalakkan kerjasama antara sektor dalam menjana hasil iaitu produk, proses dan perkhidmatan.




IMPAK POSITIF DAN NEGATIF 


IMPAK POSITIF 

Agihan tanggungjawab sebegini dapat memastikan perkhidmatan sosial lebih berkesan dan menjamin kehidupan masyarakat yang berkualiti berasaskan konsep pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama.

Tahun 2020 adalah merupakan masa yang terbaik untuk melonjakkan paradigma pembangunan negara yang perlu didepani pembangunan sosial.

Pendekatan ini bukan untuk memisahkan antara pembangunan ekonomi dengan pembangunan  sosial,malah ianya memberi kesan ekonomi yang lebih sejahtera dan makmur serta berpanjangan. 


 IMPAK NEGATIF 

Pengaruh media sosial menjadi ancaman baharu perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini berikutan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk menyebarkan cerita tidak sahih yang boleh menjejaskan keharmonian.

Masyarakat tidak boleh tunduk dan terpengaruh dengan ideologi yang bertujuan menyemai kebencian dan syakwasangka antara kaum dan budaya di negeri dan negara ini kerana keadaan itu hanya mengsia-siakan pengorbanan orang yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Sesungguhnya kita tidak boleh ambil mudah perpaduan dan keamanan yang kita kecapi hari ini, ia memerlukan usaha dan keikhlasan semua untuk mengekalkan perpaduan dan mengekalkannya.


LANGKAH-LANGKAH 

Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara. Ia memerlukan kerangka bersifat komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik mungkin wajah kerencaman masyarakat majmuk malaysia.

Keadilan, penerimaan dan tolenrasi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini. Nilai itu perlu dipraktikan dengan menjadikan islam kayu ukur utama mendukung agenda perpaduan nasional dalam konteks Malaysia .

Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititikberatkan. Ini ialah realiti dan harus difahami dan diterima semua pihak. Untuk berlaku adil jangan sesekali kita berat di sebelah pihak ataupun kaum agar kesepaduan kaum dan keharmonian kaum dan masyarakat dapat diwujudkan. Oleh itu, kita hendaklah memupuk rasa hormat tinggi antara kaum dan agama dalam diri kita. Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi harian.

Hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa juga tidak boleh dijadikan sebagai taruhan oleh mana mana pihak yang memperoleh agenda peribadi atau kelompok tersendiri. Kita perlulah sentiasa berbelas kasihan kepada rakyat yang menginginkan keamanan dan kestabilan negara. Serta memberi peluang kepada generasi seterusnya untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat dan terjamin.




KESIMPULAN 

Pengukuran pembangunan inovasi sosial berdasarkan teori keupayaan penyerapan dilihat dapat memenuhi teras inovasi sosial, iaitu pembaharuan, pelaksanaan idea, memenuhi keperluan masyarakat, keberkesanan dan meningkatkan keupayaan masyarakat dalam membentuk kesejahteraan masyarakat. Jurang keupayaan potensi inovasi sosial organisasi dan keupayaan kesedaran inovasi memerlukan pengukuran di peringkat individu agar teras pembangunan inovasi sosial dapat diperkukuhkan. Idea inovasi sosial yang berkesan adalah dalam bentuk hasil seperti kualiti, kepuasan, kos dan kesan, berbanding penyelesaian yang ada.

Penyelidikan yang memenuhi keperluan masyarakat dan hasil yang efektif menggambarkan kejayaan inovasi sosial. Walaupun isu pembangunan sosial secara amnya telah lama diperdebatkan, namun daripada segi konsep inovasi, ia masih baru terutamanya di negara yang sedang membangun. Justeru penumpuan kepada pembangunan inovasi sosial diperlukan untuk menjana keseimbangan pembangunan agar keseluruhan masyarakat memperoleh manfaatnya.



sumber maklumat :-

nnashood.blogspot.com/2021/04/inovasi-sosial-berkenaan-dengan.html?m=1

https://youtu.be/DVE5JLBWeF0

https://youtu.be/XRB0yHwtqak




7 comments:

Anonymous said...

Nice, we need more blog like this one

Anonymous said...

This blog so good

Unknown said...

Niceeeee 😍😍😍

Unknown said...

Best one

Anonymous said...

Good 🤩🤩🤩🤩🤩 excellent work

Anonymous said...

Good blog

Anonymous said...

Penerangan yang sangat jelas 👍🏼

INOVASI SOSIAL BERKENAAN DENGAN PERPADUAN (FOLIO)

                                  INOVASI SOSIAL  BERKENAAN DENGAN PERPADUAN    KUMPULAN  5  LECTURE : SIR MOHD FAIZAL BIN MAT PESA NAMA AHL...